Bermula dari era Perak dengan KUDETA nya yang dikepalai oleh 3 ekor katak yang didokongi 0leh 2 ekor jantan dan seeekor betina. Wabak tu mula merebak ke serata negeri Pakatan Rakyat kerana para katak terpesona dengan laungan raja katak yang melaungkan 50 juta 50 juta. 50 juta woo terbeliak biji mata woo. Tak kesah le tu. Yang mutakhir adalah katak dari Penang. Pada firasat saya sedang ada para katak yang sedang bersedia untuk melompat semahunya. Almaklum lah spesis ini memamng kuat akan saraf lompatannya bila mendengar guruh hujan 50 juta. Bia berdentuman guruh maka menggeletarlah akan segala katak itu kerana datang segala keghairahan akan nikmat bermandikan 50 juta tuuuuuuuuuuuuuu. Oi katak dah melompat, biarkan biarkan Oii katak dah melompat biarkan biarkan dah spesisnya.
Kenapa biarkan kerana firasat saya tetap mengatakan bahawa ini adalah PEMBERSIHAN perjuangan. Lagi bahaya jika telah kita mencicip kemenangan , jika katak ini masih ada akan berlaku perkara yang sama macam AMNO sekarang ini yang berebutan akan segala masyuk yang mungkin. Maka jika terdengar sahaja oink oink dari para bakal katak. maka janganlah kita bergundah gulana. Bahkan teruslah kita sokong dia agar melompat setinggi yang katak itu mahu. Kerana ini adalah PEMBERSIHAN akan segala katak yang kotor busuk dan jijik itu. Biarlah mereka bawa akan segala kotor busuk dan jijik itu ke dalam tempat yang amat sesuai iaitu AMNO (kan betui tu). Manalah lagi tempat yang paling sesuai bagi segala katak-katak itu melainkan AMNO lah tempatnya yang sesuai kerana di situ telah tersedia akan segala prasarana yang kotor, busuk dan jijik.
Maka akan bersih Pakatan Rakyat dan akan berbau wangilah Pakatan Rakyat seantero Mesia bahkan dunia kerana bau harumnya tersebar ke seluruh Mesia dan dunia dibawa oleh segala pendokong Pakatan Rakyat, kerana yang busuk kotor dan jijik telah tiada, Insyallah. bahkan kenapa tidak kita masukkan seekor katak yang akan memporakperanda akan AMNO agar ketua katak akan takut untuk memanggil segala katak katak yang sedia melompat itu. Ini adalah sebagai satu strategi peperangan yang akan ada yang perlu dikorbankan , amacam baik tak idea aku. Lupakanlah katak-katak kerana mereka ini sinonim dengan peribahasa MATI KATAK. Insyallah pada PRU13 nanti mati katak lah akan segala ktak-katak yang telah melompat dan yang telah sedia menyahut panggilan raja katak itu.
No comments:
Post a Comment