LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 07, 2010

Horeee berjaya....

Islam gaya AMNO
Bukan aku yang berjaya, aku memikir dari sudut KALAU aku seorang pemimpin AMNO. Aku sebagai pemimpin AMNO masa ini aku berjaya mengelabui mata rakyat khasnya penyokong aku yang membuta tuli. Cuba bayangkan isu tu macam beri kat aku nak menyelamatkan AMNO je buat masa ni, tetapi hingga PRU 13 aku cuak juga.


Kejayaan yang paling penting ada 3 isu terkini yang berjaya kami tutup kerana isu terbaru ini.


Pertamanya isu gula naik, PiEM menegur peniaga yang menaikkan harga barang berdasarkan gula. Aku tertanya-tanya dalam hati siuman ke PieM ni. Ada tak dia buka buku ekonomi dan memahami konsep penawaran dan permintaan yang menggerakkan harga barangan. Nak aku sekeh kepala tu licin.


Kedua enjin jet apa ke jadah namanya ( tu la aku sebagai rakyat biasa dah lupa namanya). Tpi blogger kalau lupa boleh le cari kat ruangan search tu kan. Apa ke jadah enjin beso gedabak boleh hilang dek pegawai peringkat rendah. Macammana enjin tu melepasi sempadan Mesia sampai ke Argentina melalui berapa benua tu ya. Logik ke , ish tak logik tak logik. Isy mana logik


Ketiga isu apa-apa menutup kelemahan AMNO yang terhegeh-hegeh nak UG dengan PAS. Seolah-olah apabila berpadu dengan AMNO maka Melayu akan menjadi satu bangsa perkasa dengan bimbingan AMNO. Rasa nak muntah le pulak uwekkk uwekkk uwekkk. Okey dah tak rasa dah. sambung balik. kalau tengok ayat-ayat dari wakil AMNO di PAS macam beria benar mereka tu nakkan AMNO tu. kalau sudi pada AMNO tu pergi le, peluk cium AMNO tu. Ape ke her terhegah-hegah kat PAS lagi tu. Yang AJK Pusat PAS takut sesangat nak buang mereka mengapa. Susah benar ke siasatanya Ustaz Tuan Ibtahim.


Apa isu yang berjaya menenggelamkan isu yang lelain tu. Betullah dakwaan para bloggerssakalian, iaitu AMNO akan gunakan isu Islam. Kerana dengan isu nama ALLAJ itulah mereka akan berpaut seolah-olah mereka menjuarai perjuangan Islam Uwekkk uwekkk apa nak muntah ni. Isu Allah tu ialah isu bonus bagi kami para pemimpin AMNO. Horeee

Wednesday, January 06, 2010

Ada ke Malaysia macam ni?

Jet Pejuan Iran: Sakeeh. Takan nak beli je malaysia oi, buat le macam Iran ni.
Jet pejuang Iran: Azarakhsh. Ada ke Malaysia mampu macam ni?

Jet pejuang ciptaan Iran : Shafaq. Mesia ada? Hilang ada kot


Malaysia ada ke pemimpin macam Ahmadanejad (Pemimpin Iran yang boleh makan bersila
dan hidangan simple macam tu?



Kat Malaysia ni ada ke pemimpin macam (Pemimpin Iran) ni? Boleh solat kat tepi jalan je.

Tuesday, January 05, 2010

Bayangkan masih ada lagi AMNO macam ni.


Anonymous said...
Jangan hanya pandai bercakap tentang buruk orang lain. Diri sendiri
baik sangat ke. Kau hidup pun kerana jasa UMNO tak ada UMNO tak
sekolah engkau. Kenang budi la sikit yaa.

WaksirKB

January 4, 2010, 9.45 AM

Komen di atas ini aku ambil dari komen dalam blog aku. WaksirKB memberi respon tentang posting aku mengenai Sudut pandangan lain mengenai isu Allah.

Cuba bayangkan masih ada spesis gerombiolan yang menggunakan isu begitu sekarang sedangkan saya anggap majoriti pengguna internet adalah terbuka fikirannya. Tu yang agak tahu mengunakan laman blog. macammana pulak dikalangan yang hanya tahu media elektronik kera jaan dan media kertas kera jaan, nak taip nama media tu pun getik.

Agaknya tugas para penyokong PR sekarang ialah menjelaskan rakyat apa itu wang rakyat. Sebab yang aku faham depa ingat duit tu duit kepala bapak mereka (maaf tergeram sikit) . Depa ingat duit tu duit AMNO punya kah. Agaknya apa yang kita pakai ,guna, makan pun dia orang tak tahu itu ialah wang titik peluh rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan memerintah agar menggunakannya dengan baik dan betul.

Itu belum saya cedok dari laman lain tentangfahaman seolah-olah semua kat malaysia ini AMNO yang punya. Sekutu AMNO tu dia punya balaci je agaknya. Itu orang AMNO punya fikrah tentang sekutunya, bukan aku diulang bukan aku. Kesian orang sekutu AMNO kerja hempas pulas memajukan Malaysia akan tetapi AMNO dapat merasa kenikmatan khasnya deretan para kroninya.

Sunday, January 03, 2010

Sudut pandangan lain isu ALLAH.(edit sikit)

Apa nak buat aku suka kerja begitu. Orang fikir lain aku fikir lain. Kot masa kecik dulu kawan-kawan selalu kata kamu ni mereng apa?

Sudut pandangan pertama:


Eh eh orang AMNO bertakbir le. Kenapa tak sebut Hidup Melayu ye. Faham pulak mereka bahawa takbir ialah satu kalimah suci Islam. Sedar juga gerombiolan bahawa Hidup Melayu bukan sebutan suci dan tidak glokal eh cup global. Mereka menggunakan takbir tu pun aku ragu-ragu, macam agenda UG je seolah-olah PAS rela bergabung dengan AMNO. 4, 5 kerat aje pemimpin PAS yang rela kot (tak tau lagi tengah siasat). Andai benar mereka berminat dengan UG , bagi le aku rela kehilangan mereka daripada merosakkan berkat parti.


Sudut pandangan kedua:

Perhimpunan lagi. Kan perhimpunan bukan budaya kita, kata dek AMNO. Bukan KayJay kata bahawa yang berdemonstrasi ialah berok-berok jalanan. Maka rasanya kata-kata itu moh kita palitkan kepada mereka untuk berok-berok sakalian. Jangan marah aku Kay Jay yang cakap, ha kay jay cakap. Pemimpin ko orang tu, yang tak terpilih sebagai orang kuat Bijan. Kan perhimpunan itu haram. Eh tidak, kalau orang AMNO berhimpun tak apaaaaaa. kalau PR, FRUu mari dengan sut merah dan biru.

Sudut pandangan ketiga:


Perlembagaan yang ada untuk orang Malaysia, kalau ada tentang penggunaan nama Allah tu, hormatilah perlembagaan. Tapi itu le pasal AMNO sendiri dah lama tak menghormati perlembagaan baik perlembagaan mengenai Melayu, Islam atau Bahasa (MIB). rasanya kalau kita sendiri tak respek MIB, orang lain nak hormat ke? Pi mabuk la. Tu pasal jangan macam orang mabuk bertindak wahai AMNO.

Sudut pandangan keempat:

(edit 10.54 pm)
Ramai orang Islam terutama AMNO lebih kepada menjaga simbol sahaja. Tapi bab praktikal, yakni amalan yang di perintah oleh Allah, nauzubillahmin zaliq. Tengok pakaian pun cukup faham sangat dah. kalau orang perempuannya ramai yang bertudung tapi menurut aurat . kan ada beza menutup aurat dengan bertudung. Itu jaga simbol ke jaga nama sebagai penganut Allah. kan tudung tu sekadar simbol, tapi penjagaan auratnya astaghrafirullahalazim.

Edit pada 4/1/2010, 6.03 pm

Tambahan pandangan yang menarik: http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/01/mengapa-mereka-ingin-menggunakan.html

Sudut pandangan tambahan:

Saya teringat kes DSNJ yang berjaya memenangi jawatan MB Perak akan tetapi dengan pantasnya mahkamah rayuan bertindak dalam masa 24 jam untuk Kerajaan KUDETA memenangi kembali jawatan MB Perak. Kenapa ini tak dilaksanakan di isu Allah kalau beria-ria nak isu itu menang. Saja nak berkokok kot, ekor dah bergelumang tahi.

Saturday, January 02, 2010

Alaaaa gula je naik.

Memang le tak reti bahasa mamat atau minah yang cakap macam tu. Rasanya ada tak? Kalau dah di cakap tentu la ada orang-orang yang begitu. Rasanya siapakah orang-orang yang dengan bangganya bercakap begitu.

Maka dengan ini aku dengan bangganya mengumumkan bahawa orang-orang yang dengan bangganya berkata begitu ialah sudah pastinya dan tak lain tak bukan ialah GEROMBIOLAN (kesekian kalinya ejaan itu adalah benar).

Gerombiolan janganlah dibaca tersurat kerana takkan nampak siapa yang tersirat. Gunalah mata hati kerana mata hati sahajalah yang nampak siapakah itu gerombiolan. Kenapakah mereka berkata begitu:

1. Bodoh rangkaian ekonomi
2. Kaya sesangat , apa nak heran dengan harga barang naik
3. Punya le nak menyokong al Bijan
4. AMNO yang dah tak boleh berubah dah dengan slogan
dulu kini dan selamatnya

Kekadang aku rasa nak sekeh kepala sesorang yang kuat menyokong Be End tu, tau kenapa? Punya la sokong sampai nak rak walaupun Be End sanggup rakyat didihulukan dan pencapaian ditamakkan. Aku rasa dulu kini dan selamanya AMNO takkan berubah dan akan selalu menyusahkan rakyat dan takkan bagi muka kat rakyat. Tengok tempat makan yang disediakan untuk rakyat sudah le. Kalau orang besar Be End makan tentu tempat ada kelas punya. Tapi kalau rakyat tempat lekeh-lekeh dah le. Cuba tengok kat setiap tempat rakyat selalu makan ada ke dibuat begitu hebat. Belum tengok stesen bas lagi, tandas awam lagi dan lagi dan lagi.

Kerajaan begitu beria nak taja Formula One dan tertaja lah 3 orang pemandunya sekali pakej dan akan berlakulah pembiayaan berjuta-juta untuk meneruskan hasrat Formula One. Tapi gula tak sanggup nak bagi subsidi. Formula One untuk rakyat ke, gula untuk siapa ye.

Friday, January 01, 2010

Bila nak menyerang ni.......

Seranng.............serang..............seraaaaaaaang......................................................................................
Aku jarang nak ucap selamat bila ada acara besar macam ni. Sebab seboleh-bolehnya aku sentiasa nak ucap dan dokan keselamatan buat semua sentiasa. Apa lagi doa buat aku sendiri. kalau aku pun tak berapa nak okey, macam mana nak doakan orang.
Okey kita pergi kepada tajuk kita sempena Tahun Baru 2010 nih.

Sejak al Bijan ni naik jadi PieM aku rasa sentiasa mamat ni guna taktik menyerang PR. Memang le dia ni dok ralit berzikir satu malaysia, satu malaysia. Tapi dalam dediam dia guna segala kuncu yang mungkin untuk menyerang PR dari segala pelusuk yang dia boleh. Aku merasakan dia mengunakan secara optimum segala jentera AMNO apatah lagi segala jentera kerajaan buat menghalakan segala peluru, C4, jet sampai hehilang dan segalayang mungkin'

Ini dah lebih. Jadi kenapa tidak bermula awal tahun 2010 ni kita tukar taktik. Kata orang Perak dah jenoh bertahan je. Rasanya ini le masa yang sesuai untuk kita mengatur serangan menghala segala upaya yang mungkin kepada AMNO dan sekutunya (khas di baca jentera kera jaan). rasanya kalau main taktik bertahan sahaja tentu bolos (sonok le Zizan)juga nanti. Kalau 10 000 peluru ditembakkan kena 100 dah kuat tu. Jadi kenapa masih taktik bertahan.

Habis jurulatih tak suruh menyerang lagi, jadi tunggu la. Bukan apa aku pun rasa letih nak menepis segala serangan tu. Oit jurulatih jom le kite nyerang, Dah aku orang Perak jadi aku nak bertanya ikut loghat aku. APE KE HE NYE YOP? Tertanya-tanya le juga bila nak menyerang ni.

Kalau dah ada bagus , kalau tak ada elok le ditubuhkan Think Tank bagi menyelaraskan serangan atau mepertahankan PR. Aku tengok bila menjawab serangan atau mempertahankan serangan macam-macam ada, macam Astro le pulak. Jadi kita susun serangan satu persatu dan kita lancarkan dimana yang sesuai. kalau menggunakan para pemimpin PR mereka pun sebok dengan memacam program. Dari sekarang ke PRU13 kita aturkan berbagai taktik serangan yang bisa melumpuhkan AMNO, kerana bila lumpuh AMNO maka amat jelas B N akan BE End.

Kalau para pemimpin PR tak buat Think Tank, amacam para blogger pulak yang buat satu Team Think Tank yang khusus mengaturkan serangan. Dan Team Think Tank 2 untuk menjawab segala tohmahan dan dakyah AMNO. Tapi dalam serangan dan pertahanan tu jangan matlamat menghalalkan cara , seperti yang AMNO buat. Kita tak mahu fitnah, kerana kita mahu kebenaran. kalau kita pun benci kepada AMNO kerana kebobrokan nilai hidup mereka mengapa pula kita bersikap seperti mereka. Aku harap aku layak berkata begitu kerana aku sendiri sanggup keluar dari syarikat warisan bapak aku kerana pegangan pengurusannya sekarang: Ala mana mau tak rasuah, kalau nak projek. Kan mentaliti AMNO tuuuuuuuu.

Ish dah melantak Nasi Lemak bini aku masak dah naik lemak le aku. Okey bye,,bye.

Thursday, December 31, 2009

Ape ke jadahnye SPTS tu?

Wow, ini Husin lempoyang tentu terkejut mendengarnya. Nama hebat tapi pelaksanaan alamak pada aku gah pada nama saje le. SPTS tu ialah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Bagaimana ia berjalan? SPTS ini ialah pihak kerajaan Melayusia telah mmemilih beberapa jenis sukan untuk di macam swastakan pada Kementerian Pendidikan Melayusia. Peringkat awal hari itu pihak kerajaan telah memilih sukan Memanah dan Sepaktakraw sebagai perintis SPTS. Akan tetapi jenis permainan telah ditingkatkan lagi dengan Bolasepak, Hoki Lelaki/Wanita dan Olahraga.

Maka diwujudkan setiap daerah satu Pusat Latihan Daerah (PLD) bagi setiap permainan. Bagi setiap PLD ada le barisan Guru yang dilantik sebagai Jurulatih yang diberi elaun setiap 2 bulan. Maka barisan jurulatih pun mula le melatih barisan anak didik memasing. Di kerah lah segala masa dan kudrat guru sebagai jurulatih. manakal hendak menjadi jurulati pula bukanlah mudah. Pada awlnya kena le pulak berkursus untuk mendapat Kursus Jurulatih jenis permainan Peringkat 1 dan Kursus Sains Sukan Peringkat 1 kecuali Guru yang kursus PJK lengkap.

Apabila telah lulus peperiksaan semasa berkursus peringkat 1 maka layaklah mendapat elaun sebanyak RM275 sebulan. Untuk meningkatkan taraf kejurulatihan maka sang guru pun pergi lah berkursus ke peringkat 2 untuk Sains Sukan dan Kursus Jenis Permainan yang diceburi. Diikuti dengan peringkat ke 3. Apabila telah lulus peringkat itu maka elaun pun ditingkatkan lagi kepada RM300 dan RM325 (yang last ni saya dah lupa).

Nama Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, elaunnya RM 275 (Kelas 1), RM300(Kelas 2) dan RM325(Kelas 3). Soalan saya wajarkah?

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------