
Ish awak semua ni , bukan aku yang cakap . Ini aku terbaca kat belakang kereta puteri AMNO (warna merah latarnya)ketika kat lampu isyarat Jambatan Sayong ( deme pangge gitu). Aku rasa itu puteri AMNO daerah Sayong le tu. Aku potong kereta tu nak am sipa , tapi tak le kenal siapa. Cuma agak aja le.
Mengikut kaedah pembacaan maka logo itu mempunyai makna nya yang bagaimana rasanya pembaca sakalian. Semua orang mengerti bahawa kalau kita membaca mengikut kronologi itu maka bermaksud Melayu sangat hebat dan lebih besar dari Islam. Kerana hanya Melayu yang mampu menyelamatkan Islam. Amacam adakah salah tafsiran bacaan aku atau tepat sekali tafsiran bacaan aku ni.
Kalau kita tafsirkan lagi juga bermaksud cukup lah dengan hanya Melayu sahaja bersatu maka selamatlah Islam. Ewah ewah, tinggi beno darjat Melayu ni ye. Bayangkan tanpa perlu kaum lain kat dunia ni, hanya cukup le orang Melayu je bersatu, maka selamatlah Islam. Dasat retorik AMNO ni. Kalau gitu aku nak masuk AMNO le he he ( usah mimpi le )
Rasanya selamat ke dengan pemimpin Melayu yang kompom rasuah berribu ringgit macam Khir Toyol yang hanya setahun je kena penjara berbanding yang mencuri susu untuk anak sampai 3 tahun. Selamat ke dengan menteri yang melabakan eNeFC untuk familinya. Tu belum sebut yang lain lagi tu.
Jom kita betulkan logo dengan kata kata yang lebih benar dan efisyen iaitu ISLAM BERSATU MELAYU SELAMAT. Bahkan Islam bersatu manusia selamat Yang pakai logo tu sambil lalu kat Jambatan Sayong tu humbankan ke Sunge Peyrok tu ye.