LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 30, 2010

Terpesona aku.....

YB Hannah Yeo, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya.
Terpesona aku denga aksi beliau ini.
Adakah ini yang dimarah oleh AMNO. Pelik betul aku.
Bahkan aku rasa lebih baik dari sesetengah puak betina AMNO.
Gambar menceritakan segalanya:

Saturday, August 28, 2010

Wahai ahli AMNO baik keluar sekarang kalau tak ....


Bayangkan dah merata alam (cop kat Mesia je) dah semua parti nampak gelombang gerakan PRUnya. Misalnya kawan aku dah beritahu mesyuarat PKR untuk PRU dari tahun lepas dah, dan la ni makin kerap.

Itu belum serangan AMNO yang diselaraskan kononnya Melayu di PR tak mahu berpadu sedangkan realitinya segala Melayu sedang meningkatkan perpaduan dalam PR dan beransur-ansur orang AMNO keluar dari Be End. Bila serangan gitu maksudnya dekat benar dah PRU.

Elok juga AMNO tak berapa nak sedar akan diri partinya, gitu, moh kita pulun hancurkan perjuangan AMNO yang amat zalim kepada bangsa Melayu khasnya Islam. AMNO masih bermimpi yang Melayu mesti bersatu di bawah ketiak perin AMNO. Sedangkan realiti yang sepatutnya berlaku kini ialah Melayu bersatu dalam PR.

Tapi dek kerana tekanan puak AMNO ni maka ramai yang masih dok menyimpan kuku dalam AMNO tu, dan bersedia nak mnghambur ke PR bila tamat riwayat AMNO nanti. Tapi aku rasa kalau gitu le ko orang, kau orang terlambat. Baik gerombolan AMNO keluar AMNO sekarang agar terus lumpuh AMNO dan spesisnya. Nanti kalau lambat kau orang juga yang menyesal. Nanti projek semua lepas dapat kat geng kami je (dibaca PR). Jadi jom kita pakat keluar.

Saturday, August 21, 2010

Operasi lalang untuk AMNO dan.....

Gambar sekadar hiasan.
Awas PR jangan terperangkap dengan ulasan para provokasi AMNO dan sekutunye. Ini kerana mereka sedang cuba memasang pernagkap sama seprti dulu iaitu sebelum pilihanraya mereka akan cuba menangkap seberapa banyak calon pembangkang, agar ia bisa melemahkan PR.

Dalam keadaan negara yang aman tenteram, ada pulak segala mamat AMNO dan sakalian gerombiolan pencacai AMNO bersiul menyanyikan lagu rasis tapi yang memang aku tak musykil TIADA TINDAKAN operasi lalang untuk mereka. Nampak macam mereka yang mahu menghuruharakan negara. Agaknya mereka ingat barisan PR tak belajar dari sejarah, tapi memang le ade seekor dua PR yang bangan macam tu. (2 x 5 dengan AMNO).

Itu adalah strategi biasa AMNO untuk menakutkan orang Melayu dan sehingga terkini sudah 2 orang pencacai AMNO disekolah (di baca Pengetua) yang menyalak lagu rasis ini. Agaknya setelah guru diberi berkenan berpolitik, mereka merasakan ini adalah peluang yang sangat baik untuk menyalak. Dan memang amat ketara sejak pengumumam guru dibenarkan berpolitik. Para guru geronbiolan (di baca pencacai AMNO) mula menyalak di sana sini di arena mereka. Akan tetapi mengikut maklumat rakan-rakan kalau di bilik guru habis menikus sakalian guru AMNO nih. (tau kenapa kan) Cuma mulut para pegawai kerajaan telah digari oleh gari Sijil Aku Janji maka terpaksa gerombolan guru PR mendiamkan diri.

Wahai kementerian dalam negeri , sila tangkap para penyalak yang sedang menyalak lagu rasis di seluruh Mesia. Ini kerana salakan itu walaupun bertujuan meraih kembali sokongan atas dasar menakutkan pengundi yang tidak mengerti. Tetapi salakan itu amat merbahaya kerana ia tetap meresap buat yang telah terlupa atau yang tak memahami 13 Mei, 1969. Saya tak mahu itu terjadi di negara tercinta. Saya cintakan perdamaian. Tapi saya sokong perdebatan.

Thursday, August 19, 2010

AMNO Melayu Global, cuba fikir......


Sangat jelas apabila kita memperjuangkan atas nama Melayu. Tentu sekali perjuangan itu akan tidak menjadi satu perjuangan yang global mahupun glokal. Berbeza kalau perjuangan itu atas nama Islam maka, sudah pasti perjuangan itu akan merentas bangsa. Bilamana ia sudah merentas bangsa tentu sekali perjuangannya akan bersifat global.

Ish cakap bahasa tinggi sikit macam ni faham ke dek AMNO ni?

Sampai mati pun takkan berjaya kita menanam ideologi Melayu dalam jiwa global. Kerana dengan bahasa sendiri pun dikalangan AMNO yang setuju ditukarkan dengan bahasa Inggeris masa PPSMI, dilaksanakan maka mana perjuangan Melayunya? Namun segelintir lagi yang tak setuju PPSMI dilaksanakan pula macam tak ade telor untuk menegor dan merancang untuk menolak atau mempertahankan Bahasa Melayu. Sekali lagi aku tanya mana perjuangan Melayu nya.

Itu aspek bahasa Melayu, cammana pulak dari aspek tanah rizab Melayu yang termaktub di perlembagaan yang sedikit demi sedikit hilang dibawah pimpinan AMNO. Bagaimana pula dengan Keretapi Tanah Melayu yang memiliki tanah di Singapura, alih alih dah tingal secalit di atas peta berhampiaran Tambak Johor.

Ish tak reti le aku, apa yang diperjuangkan oleh AMNO Melayu ni.
Dah la menyampah ai.

Friday, August 13, 2010

Kalau AMNO mampus....


N3 hari ini kasar bunyinya. Tapi sebenarnya bukan kasar tapi aku memikirkan jauh kedepan, tapi tak le berapa jauh, setakat kat kubur aje kot.

Begini aku perhatikan orang AMNO yang begitu taksub dengan AMNO iaitu perjuangan berdsasarkan bangsa Melayu. Sampai mereka ingat itu ialah perjuangan global le konon (patut dibaca glokal: saranan Bijan). Memang le sorakan tak lekang dengan sorakan Hidup Melayu nya. Itu belum dengan songkok hitamnya. Kalau lagi tinggi songkoknya lagi tinggi le makam Melayunya (dibaca lagi kuat pencacai Melayu nya).

Jadi fokus aku buat kali ini ialah pemakaian songkok oleh para pencacai, atau para penyokong atau fanatik Melayu. Yang sangat mudah pada aku ialah pakai kopiah, senang dibawa dan dilipat dalam poket je, tapi punya le fanatik Melayu tak ape susah asalkan pakai songkok. Sudah le songkok dari beli sampai tamat riwayat songkok tu yang amat pasti tak pernah berbasuh songkok itu. Itu pulak yang dibawak mengadap tuhan dimana-mana atau mengadap Bijan ke atau spesis yang sewaktu dengannya. Sedangkan kopiah boleh dibasuh dengan senang dan praktikal, tetapi tidak praktikal kalau songkok dibasuh kerana ia akan merosakkan songkok itu.

Dengan 3 hujah tu pun tak mampu jawab, aku tambah satu hujah maut punya. Memang le hujah maut sebab aku nak cerita bab maut. Kan bila kita mati maka kita akan dikapankan dengan kain putih dan yang menariknya akan dipakaikan kopiah kat kepala kita. Tak pernah aku tengok orang Melayu yang totok keMelayuannya memakai songkok masa dia dikapankan. Tapi kopiah juga jadi pilihan.

Maka disini aku mencadangkan bahawa sesiapa ahli AMNO yang totok keMelayuannya dan tak boleh lekang dengan songkoknya itu. Aku mengesyorkan masa dikapankan nanti berwasiatlah agar masa dikapankan nanti pakaikanlah songkok, jangan pakai kopiah tau. Ingat tu kan semangat Melayu boleh membantu kamu dikubur nanti. Ingat kau jangan pakai kopiah kerana kau kata itu ajaran sesat dan itu budaya Arab kan?

Dah la tu malas cakap dengan orang AMNO ni kannya mereka faham!

Saturday, August 07, 2010

Warning

Gambar tiada kaitan.
Apahal lak ni banyak blog yang cuba bukak dua tiga hari ni asyik timbul perkataan:

WARNING: VISITING THIS SITE MAY HARM YOUR COMPUTER

Ini biasanya berlaku semasa PRK atau PRU.

Atau ada HACKER yang digunakan untuk menggodam laman web pilihan ramai.

Biasanya semua IP pengunjung akan di halang untuk melawat laman blog itu.

Blog yang kene:
ISA ikut suka aku
Cina Islam.
Kedai Kopi Tepi Masjid
Dll.

Thursday, August 05, 2010

Penrasionalan subsidi...Deme dah buat dah!

Ada lagi satu perkataaan yang seiring dengan perkataan penrasionalan subsidi. Kalau perkataan penrasionalan pada aku , aku agak keliru maksudnya. Apa lagi kalau lagi satu perkataan itu, kalau tak salah ialah mitasi (dah tak berapa ingat).

Tau kat mana aku baca dan dengar masalah ini. Tak lain kat TV media utama kerajaan Be End.

Pada aku perkataan itu mudah saja sama sahaja fungsinya seperti penggunaaan perkataan selaras semasa mengumumkan kenaikan harga minyak tempohari. Satu bunyi perkataan yang agak baik tapi maksud tersangatlah haram bejadah akibatnya kepada rakyat yang kononnya didahulukan.

Dari sedikit huraian kat Tv hari itu, amat jelas sekali rakyat akan berdepan dengan beberapa subsidi lain yang akan ditari balik. Yakni akan menyebabkan banyak lagi senarai barang akan naik dan terus naik ( dibaca SELARAS DAN AKAN SELARAS). Ini bahasa deme guna bagi mengelirukan rakyat yang TIDAK diutamakan. Dengan penrasionalan harga gula sahaja kita menerima kenaikan kepada 25 sen dan ada yang 30 sen. Maka dengan penrasionalan subsidi ini, maka akan bertambah banyaklah barang akan naik . Syabas kepada AMNO khasnya dan Be End amnya kerana berjaya memelihara rakyat, PTUI ....

Kenapa terjadi penrasionalan subsidi, mudah naik (baca SELARAS) harga minyak maka semua barang yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar pengangkutannya akan menyebabkan barang terpaksa di naikkan. Itu belum lagi, diulangi itu BELUM LAGI penrasionalan subsidi dilaksanakan. Jika penrasioanalan dilaksanakan, maka amat pasti harga barang akan naik.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------