LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 29, 2010

JUDI.... tahu ke yang sebenarnya wahai AMNO?

PERKASA TAK NAK tegur ke kes judi ni, apahal cabar orang lain pulak?
Tahukah kalau judi yang diluluskan oleh Awang Abang dan Bijan itu berjaya di dokong oleh AMNO sakalian?

Kalau tak tahu di sini aku nak bagi tahu:


Pertama Piala Dunia Bolasepak kat Afrika Selatan ini adalah mukaddimah kepada perlaksanaan judi bagi semua jenis sukan yang akan berlaku seterusnya di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.



Maknanya selepas Bolasepak Piala Dunia judi akan berlansung, dan selepas ini kalau ada pertandingan badminton maka judi ini juga akan dilaksanakan. Kesimpulannya sepanjang hidup syarikat ini maka akan berlaku lah perjudian tanpa hentinya. Maka slogan satu sukan untuk satu rakyat Malaysia akan membantu judi ini berjaya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.


Judi ni nampak macam baek sikit dari no ekor, tapi masalahnya judi ialah judi yakni haram. Kerana persepsi agak baek ni maka akan ramailah rakyat Melayu yang berjudi, tapi kalau mereka rakyat Islam rasanya takkan berjudi kot. Aku bagi kot sebab hati mana tau.

Faham ke, kalau tak faham ko tanya le syarikat tu.

Friday, May 28, 2010

Tengok mentaliti Pencacai AMNO ni

Problem nanti sat no.
Haa aku dah repair dah

http://www.kitagempur.com/index.php?page=articles&op=readArticle&id=142&title=Lagak-Celupar-Nik-Aziz-

Aku dapat e mail dari sini dan aku link kan kat sini supaya dapat dinilai mentaliti AMNO tentang rumah Allah bukan rumah Sultan.

Thursday, May 27, 2010

Senator Kotak berazam.

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Bukan setakat sini (klik) bahkan Senator Kotak juga sanggup mangatakan DSAI tidak meluluskan projek air di Kelantan bernilai RM500 juta. Ish ish walaq benar dia sejak dapat Senator Kotak ni. Agaknya ini adalah isi perjanjian dia agar dianugerahkan jawatan Senator Kotak.


Aku rasa tugas utama Senator Kotak ini bukan untuk mendahulukan rakyat tapi amat jelas sekarang bahawa tugas utama Senator Kotak ini ialah untuk semau mungkin menyerang DSAI dari sudut peribadi, sejarah lampau dan apa jua yang mungkin.


Tapi apalah yang diharapkan daripada Senator Kotak ini sedangkan sejak dahulu mengusung kotak tentang masalah segala pembesar negara. Tapi sampai sudah isi kotak tu sekadar diusung ke hulu dan ke hilir. Sudahnya dia tak larat mengusung kotak dia lebih rela menjadi katak.


Jadi namanya yang paling sesuai untuk masa terkini bukan sekadar yang aku tulis tu, tapi sepatutnya di tulis Senator Katak Kotak

Sunday, May 23, 2010

Meh makan Sup Power

http://mohdlin.blogspot.com/2010/05/sup-luar-biasa-jangan-dicuba.html

Sup di atas ni aku linkkan saje untuk menunjukkan betape maknusia hari ini.
Selamat Menjamu Selera.

Thursday, May 20, 2010

Sad story. true, love and nate...

Aku jumpa dalam facebook kawan aku Murni Mat Esa.

Ni aku uploadkan kat blog aku buat tatapan semua.

Cerita panjang tak guna tengok saja video tu okey selamat menonton.

Tuesday, May 18, 2010

Buat ibu-ibu yang tak sedar diri.




Gambar ni aku ambik dari blog
http://ummuasiah2001.blogspot.com/2010/05/sungguh-menyentuh-hati.html
Blog ini cerita bab lain, aku nak cerita bab lain, jadi aku ambik juga, bolehkan ummu asiah2001.
Wahai ibu-ibu yang tak sedar diri. layakkah engkau dipanggil ibu. walaupun sebenarnya engkau memang dah pun bergelar ibu, kerna engkau pernah melahirkan seorang bayi. iaitu anak dari tumpah darahmu.Tapi sayang sanggup engkau MEMBUANG akan anak dari tumpah darahmu.
Rasanya engkau wahai ibu yang tak sedar diri. Engkau tidak layak menerima gelaran ibu hatta huruf i pada ibu sekalipun. Cuba lihat wahai ibu yang tak sedar diri dari gambar itu bukankah mereka JAUH LEBIH BAIK dari engkau wahai ibu yang tak sedari diri. Dalam keadaan diri mereka yang merempat terserlah kasih mereka dan naluri mereka sebagai seorang ibu walaupun mereka bukan seorang ibu.
Wahai ibu yang tak sedar diri kembalilah kepada fitrahmu sebagai seorang ibu agar kasih TUHAN padamu. Yang pasti KASIH TUHANA sentiasa dan pasti ada. Cuma mana kasih mu.

Saturday, May 15, 2010

Bukti rakyat didahulukan.


Disini aku beri 2 situasi sudah lah sebagai bukti bahawa memang benar bahawa gagasan 1Malaysia adalah benar iaitu rakayat didahulukan. Bukan macam yang aku kata selama ini iaitu rakyat dihulukan.


Situasi 1:

Semasa Pilihanraya Hulu Selangor kera jaan menjanjikan RM 3 juta, jadi sebuah sekolah RSLK (C) di rasa telah mendapat habuan RM 3 juta.

Orang Felda Sungai Buaya baru dapat sikit yang sememangnya hak mereka yang telah dinafikan selama ini. Maka janji akan diberi selepas pilihanraya Hulu Selangorr, kita nantikan....?

Situasi 2:

Pilihanraya Kecil kat Sibu, kau orang kira le sendiri berapa juta telah diberi kepada penduduk Sibu, semasa kempen PRK ini. Aku malas nak kira sebab banyak....

Kesimpulan:

Maka disini untuk kita menkadi rakyat yang didahulukan , maka marilah kita berdoa agar segala YB yang sedang berkhidmat akan cepat matinya. Maka apabila segala YB akan mati maka amat pasti rakyat di kawasan itu akan didahulukan.

Kalau kalian menunggu didahulukan maka saya rasa akan lama lah lagi kita akan dapat keistimewaaan itu. Maka marilah kita meyusahkan akan segala hati YB yang ada agar mereka susah hati dan menghembuskan nafasnya yang akhir. Maka pabila nafas mereka berakhir, bermakna kita akan mendapat manafaaat kita akan didahulukan.

YB yang kita susahkan terutama yang nampak bebayang yang akan menjadi katak tu patut kita dahulukan sebelum kita pulak didahulukan.

Thursday, May 13, 2010

PKR makin gawat!


Pertamanya izinkan aku gelak dulu:

KAH KAH KAH KAH

Tukar bunyi gelak pulak:

KIH KIH KIH KIH

Sudah le tu, karang orang kata gila le pulak. Sedangkan aku masih normal.
Yang berkata 3 patah perkataaan di atas tu bukan aku.
Aku sekadar N3 kan sahaja satu, cop dua kenyataan dari 2 ekor katak di TiVi 1 tadi.

Tak usah le ulas kenyataan tu cukup le rumusan dari para katakan itu
mengatakan PKR makin gawat.

Sepatutnya kalau PKR makin gawat dok diam-diam dan tunggu hingga PKR hancur.

lepas tu kan, ish bagi le aku gelak dulu:


KAH KAH KAH KAH

Tukar bunyi gelak pulak:

KIH KIH KIH KIH


Lagi satu kan elok je habis berita katak tu keluar pulak 60 orang

dari Alor Setar keluar dari parti PAS.


Ish aku dah tak tahan nak gelak dah, Ade sesiape yang boleh tolong aku.

Sunday, May 09, 2010

Baru aku tahu.


Aku terkejut blog aku dilawati sampai 200 orang lebih pada hari semalam. Kemudian aku perhatikan masih ramai melawat blog aku pagi tadi. Kemudia aku ubah sikit blog aku iaitu aku buangkan gambar power tu.

Kesimpulannya aku dapati blog aku dilawati mengejut ramai bagi aku le, sebab blog aku n i bukan le ramai sangat pelawatnya. jadi rupanya kerana gambar power tu yang menyebabkan blog aku dilawati.

Ini aku nak uji balik aku letakkan sekali gambar power tu kat blog aku, amacam agaknya ranking menaik tak, nih aku nak test.
Jadi jangan le marah yang memang nita baike melawat tu kerana informasi tetaoi terpaksa terkena ujian aku kali ni , maaf ye.

Thursday, May 06, 2010

Bagi le kat mama AMNO tu...


Melayu ni mudah lupa (spesis melayu AMNO je). Mari aku nostalgiakan balik apa yang Mama Sarejat cakap. Dia ada cakap juga, kalu itu baby tarak mau juga, kasi sama mama AMNO la. Dia ada cakap juga jangan kasi buang la itu baby. Ada banyaaaaak kesian tengok itu baby. Tadi TV malam ada cakap jumpa baby buang itu sungai dalam. Jangan la itu macam. kami mama AMNO dengan banyak rela hati kasi bela la itu baby.


Itu ka Sarejat cakap, itu laki najib ada cakap juga. Cit ada silap la , saya bukan Kak Sarejat , saya laki Najib. Laki Najib cakap dalam TV tadi, dia kata kita akan buat KAJIAN kenapa berlaku peristiwa pembuangan bayi.


Ha ha ha hak tuih.

Mula rasa nak gelak, tapi bila tengokkan kan cakap laki Najib tu terus aku rasa nak meludah. Tau pasal apa? Pasal aku tahu dia lansung tak tahu sebab berlaku peristiwa itu. Spesis AMNO ni macam bodo je. Takkan la sebab bayi di buang pun nak perlu buat kajian.

Dah sah bayi kena buang sebab dulu jantan betina tu beromen sampai tak sedar diri. Mereka beromen kerana suasana dan prasarana yang disedikan oleh kera jaan kita ni amatlah sesuai untuk muda mudi melakukan hal itu. Kenapa mereka beromen, jelas kerana tiada iman didalam dada mereka. Maka bangunkan lah iman anak-anak muda Islam nia bagi mantap sikit, bukan macam iman tudung Kak sarejat dan iman tak bertudung laki Najib.


Makaoleh itu , marilah kita belajar pendidikan seks kepada anak muda. Ni yang cakap ni lagi bodo la. Tak kira la siapa yang bercakap tu. Maknanya yang bertcakap tu tak perasan ada tajuk pendidikan seks dalam matapelajaran sains tingkatan 3 bertajuk Reproduction. Disitulah proses pendidikan seks telah pun di ajar kata kekawan cikgu. Yang aku hairan orang kementerian pelajaran pun bercakap seolah-olah dia tak tahu ada sukatan seks di dalam pelajaran anak-anak murid di sekolah.


Ish malas cakap dengan spesis AMNO ni kannya reti dek di mereka semua.

Saturday, May 01, 2010

Anak luar nikah.


17303. Ini bukan satu angka yang kecil untuk dipandang remeh. Tapi aku rasa mentaliti AMNO memandang perkara ini remeh. Aku berkata begitu kerana bayangkan itu ialah angka kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan sepanjang tahun lalu. jadi setahun ada 365 hari kerana ini tahun lepas bukan tahun lompat (kecuali bagi katak-katak dan raja katak PERKOSA). Maka jika 17 303 di bahagi dengan 365 hari. Nanti sat aku kira .......... haa dapat 47.40547945205 bayi luar nikah dilahirkan. Aku berenti sat pasal nak kira , kerana kalau pakai congak, susah woo, maknanya angka itu adalah satu angka yang besar bagi pengamal agama Islam. kalau selari dengan idea Chuai So Lek apakan daya.

Maknanya sehari 47 orang bayi luar nikah dilahirkan. kalau dibahagi dengan negeri yang ada kat Malaysia ni maknanya terdapat 3.357142857143 orang bayi dilahirkan oleh setiap negeri di Melaysia. tau ape maknenye, maknenye anak aku yang rama jantan akan berpeluang besar terpilih anak luar nikah. maknanye juga aku akan berpeluang memiliki menantu luar nikah.

Nilai peratus bagi anak luar nikah bagi tahun lepas berbanding bilangan penduduk Melaysia ialah 0.06907854028%. Bilangan itu sangat kecil (bilangan penduduk Melaysia ialah 25 048 300 orang). Tapi kalau aku kecilkan lagi skop kiraan peratus tu akan bertambah tinggi. Belum bagi 2 lagi sebab ibu dan bapa. Belum kira jumlah tahun kemungkinan bakal menantu menantu aku. Belum kira jantina lagi. Belum kira 3 kaum utama lagi. tapi kalau aku kira pun bukan di reti AMNO mengira nya. tak difahamnya pun. Kan AMNO mentaliti amat rendah.

Macam mamat yang nak bunuh Nik Aziz tu, dia tahu dia akan dilindungkan oleh AMNO dan sekutunya, maka berani le dia. Tapi aku rasa mamat tu tak berani nak jeling Nik Aziz pun. Orang AMNO mana percaya Jihad -jihad ni. Betapa bodoh mamat yang nak membunuh Nik Aziz ni ialah dia tak tahu bahawa, akan ada mamat B yang akan membunuh Nik Aziz tetapi dia yang akan tertuduh. maknanya dia seolah-olah menyerahkan dirinya untuk digantung ke atas perbuatan orang lain. Kesian aku kat Mamat ni, pasal tengok rupa aku tau dah tak berani dek Mamat ni.

Eh tersasul ke lainle pulak. Moh kita tengok balik Bab anak luar nikah ni. Satu ketika dulu ada kes anak luar nikah dibinkan kepada Abdullah. Sudahnya habis sekalian yang bapaknya bernama Abdullah rasa dimalukan oleh kerajaan Malaysia yang didokongi oleh Tok Upti (cop lupa M) yang bajaklaksasana. Kan Abdullah ialah bapa kepada Rasulullah SAW. Letak le nama lain. nama yang begitu mulia diletakkan ditempat yang tak sewajarnya oleh Tok Mufti ish, apa barang. rasanya la ni dah tak ada dah.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------