LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 30, 2010

Tengok cara AMNO berfikir........


Taukeh restoren AMNO rajin bagi salam:


Bila menang saja Pakatan Rakyat kat Perak dia boleh cakap kat seorang pelanggan penyokong kuat PAS katanya: Ni le muka Yahudi ni.


Jawab dek pelanggan PAS tu bile bertemu baru baru ni

Ha sekarang ape kome nak jawab tentang ejen Yahudi APCO ni.


Mak Cik AMNO rajin celoteh:


Situasi yang sama bila Perak ditawan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU12,

Tu le kome sekarang kan dah jadi boneka DAP.


Jawab dek seorang Mak Cik PAS :


Ate kome tak nyokong PAS, yang kome sokong juge AMNO tu aep ke he nye. Kalo kome sokong PAS hari tu kompom PAS yang kuasai DUN tak ade le kome kate boneka DAP lagi. Tu kome le yang salah.


Mamat pembawa bendera AMNO cakap;


Gua , depa kasi wang, wa sambak la, wa memang mau wang punya. Undi wa tak kasi kat AMNO ka menatang Be End ka.


Jawab dek kawan mamat penyokong PKR:


Elok beno le gitu, lagi baek ko terajang je AMNO tu kat Lubuk Mat Anjen.

Tuesday, April 27, 2010

Hantu pun ada mengundi ka, ayaaaaaaa......


Hidup susah, mati pun susah. Dialog Alias Kongo dalam filem P Ramlee: Madu 3.

Hoi hantu kalau ko dah mati udah le jawab je soalan munkar nangkir tu. Yang masih sebok nak mengundi tu apa pasal.


Kawan aku pernah jadi kerani ke ketua peti undi ka. Dia ada cakap yang dia baca kad pengenalan seorang pengundi.
Saja la dia bertanya hang dok kat Kg B...nj..r ka?

Dia diam aja tak jawab.

Ko dok kat rumah mana ?Kawan aku bertanya lagi

Saya duduk di kg itu la (dengan suara dialek yang pastinya bukan Malaysia)

Kawan aku kata lagi: Aku dok kg tu tak penah nampak hang .

Dengar itu mamat tu terus lari dan blah dari situ?


Soalannya siapakah mamat itu?


Monday, April 26, 2010

Aku bangga dengan PR


Walaupun di laporkan kalah aku bangga dengan PR kerana PR masih mampu meningkat walaupun disahkan kalah dengan En, Kamal.

Maka terbuktilah AMNO mengamalkan ketuanan Melayu. Hidup Melayu.

dah le tak reti aku nak kabo kat spesis AMNO nih!

Friday, April 23, 2010

Surau nak diroboh.edit 1

Tadi aku keluar dari masjid KISDAR Kuala Kangsar ada seorang brader tu edarkan kertas edaran ni. Tapi aku dah lupa namanya, yang aku tahu dia kerja kat Bomba. Meh kite tengok kertas ni klik kalau tak jelas.


Jadi karang aku nak pi surau tu nak siasat kes selanjutnya. Selepasa solat kang aku bagi lagi maklumat ya. Tapi kalau mahu jom le solat Maghrib kat surau tu malan ni .



Edit 1

7.25 ptg Pi surau tu dan solat Maghrib berjemaah di situ. Lepas solat zikir panjang dan terus solat Hajat 2 rakaat (11 x ayat kursi dan 3 qul selepas setiap fatihah). Sesudah itu solat Isya berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin. Sebelum diakhiri dengan Jamuan Ustad sempat memberi tazkirah tentang Konsep Masjid.


Surau itu adalah sumbangan dari seorang kontraktor muda yang menyumbang peralatan pembinaan . Manakala pembinaannya dilakukan oleh qariah setempat cuma pada waktu petang dan hari cuti. Surau bertaraf sementara, iaitu sementara menunggun pembinaan surau yang disudah lama diwar-warkan tetapi masih sekadar war-war je le. Di kawasan taman itu masih belum ada surau. Surau yang terhampir adalah Surau Kg Sungai Siput yang hanya digunakan pada Malam Jumaat. Surau itu baru digunakan dalam masa 3 bulan. Pihak MBKK yang ditandatangi oleh YDP mengarahkan surau itu dirobohkan sebelum 5 Mei, 2020. Jika tidak surau itu akan dirobohkan. Itu dulu edit 1 aku , jumpa lagi insyallah dengan gambar surau comel.
Lebihkurang macam ni le suraunya tapi di kawasan padang le .


Wednesday, April 21, 2010

Kalaulah nyanyi boleh......


Kekadang aku nak gelak program yang dianjurkan oleh kera jaan ni. Macam senang benar le nak settlekan segala masalah dan isu-isu negara semasa. Kendian segala program tu memang kita nampak dengan jelas bahawa ia program ad hock dan bermusim. Bila isu tu tenggelam maka program tu pun lebuh entah ke mana dan sunyi sepi akan segala pak pak menterai dari menteranya.


Cuba le bayangkan isu semasa kini ialah Hulu Selangor le tapi sebelum ini ialah pembuangan bayi (sila klik kot tak percaya) jadi satu kementerian rspon dengan isu ini iaitu dengan menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan.


KALAULAH DENGAN MENYANYI MASALAH PEMBUANGAN BAYI BOLEH DIATASI MAKA JIKA KITA BERTEMU DENGAN SEGALA ISU MOH LE KITA PULUN NYANYI, AMACAM BAIK TAK CADANGAN NI.

Tuesday, April 20, 2010

Komen dari blog Cina Islam.

Orang nampak macam pokok tapi rumah tu, kan baik punya idea tu.
Aku terbaca komen tanpa nama dari blog http://idhamlim.blogspot.com/ :

As'kum YB...Maklum pada DS Anwar bila ada seat PKR utk pilihanraya pastikan import org PAS jadi calon PKR ..gunakan strategi sikit utk lawan geng yahudi ni...make sure calon PAS tu tukar imej luaran sebagai org PKR..yg penting imej dlm masih PAS..takbirrr....info pada pimpinan semua...

Meh kita fikirkan bersama kerana aku juga rasa strategi ini amat baik kerana maaf le dalam hati aku bila nengok PKR tu ada rasa risau kuat dalam hati aku. maaf le kerana persepsi tu makin menebal kerana PKJR pada dasarnya adalah spesis yang lari dari AMNO tapi tak berminat nak join Islam (PAS).
Mungkin macam saya adalah hati yang suka PAS tapi kerana dengan PR saya yakin kit akan berjaya menghancurkan AMNO maka saya mengikuti perjuangan PKR.
Kalau stategi di atas digunakan harus akan membawa lebih faedah kepada barisan PR. Insyallah.

Saturday, April 17, 2010

Cita-cita menjadi penoreh.


Dengan harga RM5-60 sekilo getah buku. (getah yang beku di pot) sekarang di tempat saya. Maka jika seorang penoreh boleh mendapat 50 kilo sehari, bermakna seorang penoreh boleh mendapat pendapatan RM280.00 sehari. Kalau sang penoreh menoreh selama sebulan 30 hari maka pendapatannya menjangkau RM8400.00. Wow, tekezut Husin Lempoyang (bukan blogger tapi dalam filem P Ramlee tu). Tapi itu adalah mustahil kerana cuaca Malaysia hanya membolehkan penoreh menoreh lebih kurang 20 hari je. Bermakan 2 per 3 daripadanya menjadikan RM5600.00. Tapi sayang penoreh menoreh tanah orang maka pendapatan dibahagi 2 menjadi RM2800.00.


Bukankah gaji lebih daripada gaji kerani sekolah, gaji guru yang baru masuk sekolah, Bahkan lebih tinggi dari gaji seorang doktor baharu. Maka apakah komannya menjadi seorang penoreh dengan situasi harga sekarang. Kerjanya sangat mudah hanya dari pukul 7 pagi hingga ke 11 pagi. Hanya membuat tulisan dipokok berbentuk huruf ro (jawi). Melawan pacat dan nyamuk sahaja.


lain cari sendiri le. bye,

Saturday, April 10, 2010

Malaysia macam ni ke?


AR RISALAH الــرســالـة: Kisah Benar: Mengapa saya tinggalkan Malaysia?: "Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia. Meninggalkan Malaysia dengan keluarganya pada 1993.

Ketika itu saya berkerja dengan Bank Bumiputera dan ditukarkan ke pejabat di New York untuk selama enam tahun.

Selepas itu, saya menimbangkan untuk pulang pada 1999 tetapi ketika itu berlakunya krisis Ekonomi Asia dan keadaan menjadi tidak menentu.

Tetapi jika diimbas kembali, jika tiada krisis sekalipun, saya tidak fikir saya akan kembali ke Malaysia kerana demi pendidikan anak-anak. Selain itu, saya juga mempunyai pekerjaan di sana.

Lebih banyak peluang di Amerika. Saya tidakpun memiliki ijazah tetapi boleh bersama sekumpulan pelabur, memohon lesen untuk membuka sebuah bank.

Saya tidak akan dapat peluang sedemikian di Malaysia. Di Amerika, jika segala peraturan dipatuhi, tiada sesiapa yang boleh berkata 'Tidak' kepada anda.

Tiada karenah birokasi ataupun keperluan pertalian politik."



Lihat perkataan yang aku merahkan itu.
Persoalannya benarkah sistem di Malaysia begitu?
Kalau benar begitu perlukah kita buat sesuatu agar malaysia mampu bersaing seperti AS.
Atau perlu apa kiranya sistem Malaysia yang sedia ada dirombak semahu mahunya.





































Friday, April 02, 2010

Untuk bacaaan PKR sahaja.


BACAAN INI AMAT SESUAI UNTUK PKR KERANA MEREKA ADA PEMIMPIN SEBAGAI PM MENENTI SELEPAS PRU13 NANTI. DINASIHATKAN ORANG AMNO JANGAN BACA KERANA BUKANNYE RETI PUN.

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------