LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 31, 2010

Hentikan zikir 1 Malaysia


Hentikan le zikir 1Malaysia tu. Apasal kut suka AMNO le. Tu yang aku suruh hentikan zikir 1 Malaysia tu. Pasal itu hanyalah gimik tetapi ia bukanlahssesuatu yang datang dari hati nurani pencetus idea. Itu belum lagi huraian zikir 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan dan kejayaan diutamakan. Hentikan le idea itu kerana jika rakyat didahulukan, kalau datang dari hati nurani pencetus idea akan terserlah dalam segala apa yang kita lakukan. Akan tetapi jika bukan dari hati nurani pencetus idea, ia hanya akan menampakkan dengan jelas bahawa yang sebaliknya berlaku iaitu keserabutan Malaysia dan rakyat dianaktitikan dan kejayaan golongan feudal dan pemerintah diutamakan.

Sebut aje 1Malaysia terbayang le 1 Israel koman-koman terbayang APCO. Itu pun boleh menghilangkan keyakinan terhadap apa yang dikatakan 1 Malaysia tu. Tetapi yang amat pasti 1Malaysia akan diteruskan seperti mana Islam Ad hari masa zaman Pak Lelah dulu. Moh kte tengok satu-satu kenapa perlu berhenti zikir 1Malaysia ni:

Pertama: Semasa membentangkan MEB pun dalam bahasa Inggeris sedagkan yang datang ke dewan tu cuma beberapa kerat je orang luar, akan tetapi yang sepatutnya perlua diutamakan ialah rakyat Malaysia yang majoritinya tak mahir BI. lantak le orang luat itu kalau rakyat diutamakan dan kita rasa berbangga dengan kejayaan membina bangsa dan bahasa kita..

Kedua: Dalam keadaan ekonomi tak setara mana. Nak tau tanya penjawat awam tentang tuntutan perjalanan dan yang sewaktu dengannya. Tuntutan para penjawat awam banyak telah ditiadakan. bahkan kalau ada pun dihadkan. Misalnya di Pejabat Pendidikan Daerah para pegawai PPD yang pergi keluar hanya diberi had maksima RM150 je. Lebih dari itu ko tanggung le sendiri walau yntuk kerja jabatan. Dalam keadaan yang sama Polis di beri elaun (bukan ce,buru cuma tak kene masa ).

Ketiga: Kerajaan membenarkan dalam pengumuman Belanjawannya para pemilik kad kredit akan kena bayar cas kad kredit sebanyak RM50 setahun. jadi saya juga telah mendapat cas kad kredit yang saya TIDAK gunakan ke atas 2 kad kredit yang saya tak gunakan. Siapa yang kena tentulah rakyat. patutnya syorkan agar cas di zerokan ke, baru le nampak rakyat diuatamakan. Tambahan pula dalam MEB nanti rakyat kononnya dicadangkan pendapatan RM49 000 setahun. jadi tentu makin ramai mampu memiliki kad kredit kerana melepasi had kelayakan RM1500. Maklumat lanjut klik sini

Keempat: Yang aku tengok ramai muka AMNO kat PERKASA tu apahal. Bermakna para pendokong AMNO menetang saranan dari ketuanya sendiri yang menyarankan agar 1Malaysia. Bukan perlu hunus keris untuk memperjuangkan 1Malaysia, itu dah memperjuangkan Melayu bukan 1 Malaysia. mai le tengok sisni gambar mereka
Kelima: Para pelawat blog saya tentu ada lagi keserabutan dalam pelaksanaan 1 Malaysia, sila masukkan agar dapat diberi kefahaman kepada rakyat bahawa 1Malaysia patut dihentikan, kerana Melayu mudah tertipu nasib baik aku Islam.

Saturday, March 27, 2010

Orang AMNO di larang baca, tak reti nya.

Semasa melawati blog ini dan membaca N3 nya , air mata ku tumpah akan situasi yang paling tak berhati perut terhadap warganegara sendiri, bahkan PATI mendapat belanja RM 171 juta lebih dari warganegara:

Untuk lebih maklum baca blog di bawah ini.
http://bagindareformasi.blogspot.com/2010/03/air-mata-orang-johor-menangis-tidak.html

Hati aku tertanya-tanya betulkah ada badan politik kat Malaysia ini yang memperjuangkan nasib Melayu. mana perginya PERKASA tak habis lagikah melompatnya. mana pegi SIS ada wanita tu, mana Kak Jat wanita tu ramai tu tempat mulanya AMNO tu. mana AMNO yang berslogankan Hidup Melayu.

Ingat kalau ko AMNO dan dah terbaca apa yang aku larang buatlah sesuatu. tapi kalo ko bukan AMNO mari kita hancurkan parti yang sekadar berslogan ini. Cis Juara rakyat , bukakah itu rakyat.

Friday, March 26, 2010

Ni cilok dari Labun Kulup Sakah, halal kan ya.


Aku terbaca dari blog Labun Kulup Sakah. Pasal aku minat satu fakta yang dia bentangkan yang patut kita semua baca fahamkan dan ialah buatlah sesuatu mengikut kemampuan kita. Dalam blog itu ada berbagai isu dibentangkan tapi aku fokuskan yang bab fakta je. Ini ialah dialog antara pengikut AMNO (dia) dan Kulup Sakah (aku):

Ni ha aku copy paste.


Dia ; (diam) Ku Li satu hal. Konon sebok dia yang terlibat waktu perjanjian petronas dulu. Bila Kerajaan jawab "mengikut undang2 jika minyak berada 3 batu nautika luar pantai Kelantan, maka itu bukan hasil Kelantan." Mana dia nak sorok muka?

Aku : Oh ya! Itu tercatat dalam Akta ordinan Darurat 1969 yang mengatakan sempadan Kelantan hanya 3 batu nautika dari pantai.

Dia : Ha yelahh!

Aku : Tapi dalam Akta Ordinan Darurat 1979 menyebut bahawa 'Akta Ordinann darurat 1969 dengan ini terbatal". Maknanya undang2 tu dah mansuh bang!'

Dia : Eh! Takkanlah kerajaan nak tipu begitu? kalau ada dokumen boleh saya tengok..

Aku : Sekarang takde, tapi abang boleh cari atau surf di internet.


Bagi yang tak caya surf le kat tenet kan kan kan.

Thursday, March 25, 2010

Bicara tentang hak asasi

Masih Pengerusi SUHAKAM ke?
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia
Lama dah aku nak bicara tentang hak asasi ni. baru pagi tadi begebang dengan kengkawan tentang ini baru aku ada ingat nak psoting tentang perkara ni. Ala orang sekarang kata Human Right (HR)tu. Aku rasa penggubal HR mungkin ada 2 maksud semasa menggubal HR.
Pertama: Aku rasa memang dia menggubal HR dengan niat memberi betul-betul hak asasai kepada yang mengetahui tentang HR yang dia gubal.
Kedua: Biasa la penggubal HR yang beragenda yang menggubal HR bagi selesa kat pegangan golongan dia atau pendokon kepercayaan kumpulan dia.

Maka yang aku mushkilkan ini adalah pegangan HR yang pertama tu. Menurut sumber klik diatas, setiap individu ada 4 hak asasi untuk Kebebasan daripada ketakutan, Kebebasan daripada kemahuan, Kebebasan bersuara dan Kebebasan kepercayaan. Akan tetapi realitinya golongan penggubal itu sendiri yang menolak apa yang dicanangkan sebagai HR. Jadi saya anggap mereka bukan pemegang kepercayaan yang pertama akan tetapi mereka memegang kepercayaan yang kedua, yakni ada agenda yang mahu mereka tekankan dengan menggunakan nama badan dunia PBB. kalau golongan itu sendiri yang menolak apa yang mereka gubalkan itu apatah kalau sekadar penyokong HR. Lagilah aku meragukan kepercayaan mereka kepada apa yang mereka maksudkan HR.


Maka Malaysia sebagai pendokong HR ini juga telah menubuhkan satu badan yang menyokong gagasan ini iaitu SUHAKAM . Kita biarkan SUHAKAM ini tapi kita melihat pendokong nya seperti SIS yang macam berminat dengan HR akan tetapi mereka sendiri yang menentang HR itu. Misalnya kes Kartika Sari Dewi seorang modelling yang di tahan minum arak dan dikenakan 6 sebatan. Beliau rela dihukum sebat, akan tetapi SIS pulak yang menentang hukuman itu. Pada saya bukankah itu hak asasi Kartika untuk rela disebat., tetapi mengapa dilarang.


Diluar negara lagilah nampak bahawa pendokong HR sendiri yang tidak melindungi HR manusia. Misalnya bila seseorang Muslimah ingin berpurdah, akan tetapi kebebsan daripada kemahuan untuk berpurdah telah dihalang dan disekat. Sedangkan HR ini telah diistiharkan di PB sejak tahun 1948 lagi. Sedangkan hak asasi lain yang sangat bobrok sangat menjijikkkan telah tidak dihalang bahkan macam telah diterima pakai diseluruh dunia. Jadi benarlah ayat Surah Al Baqarah : Ayat 120. itu membentangkannya (sila klik). maka orang islam tertentu masih terpedaya dengan mereka.


Perlu diingat saya bukan pendokong HR kerana bagi saya jika kita mesuki Islam maka apa ajaran yang diajar oleh Islam maka hendaklah kita ikuti. Kalau tak mampu diikuti jangan di tentang pulak sebagaimana SIS. Saya cuma menunjukkan golongan yang menyokong akan tetapi tidak berbuat akan apa yang mereka sokong. Sepertilah juga para gerombolan katak sekarang, yang bercakap lain daripada apa yang telah mereka kata dari mulut mereka dahulu sebelum mereka ber ong ong. Kirim salam sama itu katak.

Sunday, March 21, 2010

Ustaz AMNO punya kerja kot!




Aku terjumpa satu kad di sebuah surau sekolah semasa numpang solat. Kad ini bagus bagi yang malas membaca. Sambil santai duduk kat surau sambil cabut satu kad sendiri baca sendiri cari jawab sendiri akan tahu jawapannya.
Kad sebelah kiri ialah soalan (muka hadapan) dan kad sebelah kanan ialah jawapannya (muka belakang kad). Soalan pertama , kedua dan ketiga okey la sesuai la dengan soalan Islam.
Tetiba soalan keempat berbunyi (di sini aku taipkan supaya jelas, lampiran gambar hanya bukti sahaja)
Soalan: Siapakah Presidin AMNO selepas Datuk Onn Jaafar
Jawapan: Tunku Abdul Raahman PuutraAl Haji
Apa pandangan tuan yang dihormati (ini soalan saya)

Friday, March 19, 2010

Jawab Mamat AMNO nih.

Aku nak tanya mamat yang berapi-rapi kutuk TGNA ni:
Tak usahlah banyak, aku nak tanya satu soalan sahaja.

Jika anda mati nanti siapakah yang anda mhukan sebagai imam solat jenazah anda?
Anda dibenarkan memilih 2 orang sahaja:

1. TGNA
2. Bijan (ko pande bace inikan)

Persolan yang aku tanya dia kerana video mamat ni:

http://politikbanjar.blogspot.com/2010/03/nik-aziz-ulamak-terompah-mamat-ni-kata.html

Thursday, March 18, 2010

Blog Cina Islam - Tau tak kenapa?


Ini rentetan dari posting YB Titi Serong dalam blog Cina Islam.



Apa nak heran dengan itu Encik Zamberi Kadiak. Aku rasa itu Zamberi kadiak , dia punya kardiovaskular sudah terkejut bvanyak kali, itu pasal sekarang dia sudah banyak latah wo.


Dia tak tahu budaya orang Cina untuk Gong Xi Fa Cai dia balun kot suka dia. macam dia buat kat Darul kartun tu. BUkan dia juga tapi dengan dia punya Sifu besar la. Dia dah ngaaahkan orang Cina pulak dalam sambutan.


Agaknya orang Cina sudah marah maka bari dia ada ingat mahu belajar bahsa orang Cina. Agaknya supaya dia tahu apa yang orang Cina marah kat dia dan sekaligus nak pujuk hati orang Cinaa la tu.


Tapi aku rasa, Zamber Kadiak silap la. Dia lupa dia berada di negeri Perak bahkan Sultan Perak pun bersemayam di royal home town nya di Kuala Kangsar. Ipoh tu sekadar Istana tambahan je.

Oleh kerana dia berada di Perak maka aku syorkan dia belajar loghat Perak la. Ini aku tengok dia guna bahasa standard ala Pangkorian. Baik di belajar loghat Perak di sini aku syorkan beberapa laman blog yang agak sesuai la kot untuk menajamkan loghat Peraknya.





Monday, March 15, 2010

Mohsin : Bagan Halia! Lee Chong Wei pun tahu......


Biasa le aku suka melihat dari persepsi lain. Cuba kau orang peratikan. Bila saja Lee Chong Wei menang All England semalam. Apa dia buat? Lee Chong Wei pun tahu sujud syukur Mohsin oii.

Kalau Lee Chong Wei pun tahu sujud syukur (sekurang-kurangnya gaya sujud syukur). yang membuat aku heran Mohjsin bagan Halia ni tak tahu bersyukur ke. Dengar khabar datang pencalonan dengan van burok, tempat dudok pun lekeh. Pulak tu duit pencalonan orang tulong bayarkan. Kemudian bergerak kehulu kehilir semua orang uruskan. Bersunggoh-sunggoh orang Bagan Halia bekerja untok memenangkan Mohsin oii, tapi dia boleh belot, bangsa tak bersyukur ni. Kemudian boleh ngaku akan berkhidmat untuk rakyat Bagan Halia. Habis rakyat Bagan Halia yang mana? kalau tak reti bukankah rakyat Bagan Halia yang menyokong kau sebagai agen parti yang ko terajang tu.




MALAS CAKAP LE, BUKAN TAK RETI BAHASA, SAJA JE DIA NI.

Saturday, March 13, 2010

Heran aku.

Aku respek juga kecemerlangan. Tapi takkan kecemerlangan itu sampai membezakan pelajar tajaan dengan pelajar pergi sendiri sampai begitu sekali. Misalnya pelajar tajaan mendapat tajaan sebnatak RM25 000 setahun manakal pelajar pergi sendiri hanya RM 6 000 setahun. Ini bermakna pelajar tajaan mendapat perbelanjaan +RM 2 000 sebulan manakal pelajar pergi sendiri hanya RM 500 sebulan.

Sedangkan untuk memasuki Universiti di kawasan Timur Tengah (Mesir, Jordan, Arab saudi dll) mesti mencapai kecemerlangan akademik walaupun tidaklah sebaik pelajar tajaan. Hanya kerana pelajar tajaan mendapat 8A ke atas dan pelajar pergi sendiri mendapat 6A kebawah, maka perbezaannya sampai begitu sekalikah.

Kalau mengikut kaedah nisbah:
8A - RM 2000
7A - RM 1750
6A - RM 1500
5A - RM 1250
4A - RM 1000

Kalau kadar kecemerlangan dinisbahkan dengan keputusan A nya maka saya berpendapat anak saya boleh mendapat RM 1250 berbanding dengan RM 500 sekarang kerana anak saya mendapat 5A dan tiada yang gagal.

Bayangkan perbelanjaan sebanyak RM 500 ringgit di Jordan kalau kita buat perbandingan. Nilai matawang Jordan ialah RM 5.40 berbanding RM 1 Malaysia. Adakah saraan ini berpatutan sedangkan tahap kecemerlangan bukanlah jauh sangat untuk perbandingan. Sila jawab Jabatan Agama Islam seluruh negeri di negara Malaysia.

Sebelun annymous mengomen, saya katakan saya dan anak saya berhak mendapatkan hak itu kerana kami anak Malaysia buka PATI.

Thursday, March 11, 2010

Siapa katak selepas ini.....ada tau ka?

Mari kita sediakan satu siri serangan yang bersistematik kepada para katak-katak yang bakal melompat. Kita namakan Operasi Oink Oink!

Nampak dengan jelas para katak akan melompat sekok sekok dengan arahan. Lompatan para katak itu dengan harapan akan melemahkan PKR khususnya dan PR amnya. Maka disusun lah lompatan katak-katak itu sekok sekok agar akan menimbulkan krisis kepercayaan kepada PKR. Akan tetapi harapan tinggal harapan kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ini kerana rakyat merasa sampai tahap meluat gaban pulak apabila katak-katak melompat itu di dendangkan.

Kepercayaan katak-katak itu melompat atas kerelaan sendiri tidak dipercayai oleh umum kerana alasan yang dapat dipatahkan oleh para blogger PR dengan amat mudah tangkas dan efisyen. Umum rakyat meyakini para katak itu melompat kerana ada RM dan telah dirancang oleh broker katak dari AMNO pada awalnya dan mutakhir ini oleh bekas katak PR yang melompat lebih awal. kalau betul benarlah skrip lompatan ini maka sepatutnya lompatan itu adalah lump sum (lebihkurang sekali gus lompat. Akan tetapi kerana lompatan ini adalah lompatan beragenda maka disusun begitu rupa lompatan agar PKR dilihat makin lama makin runtuh. Akan tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Lompaan para katak yelah menjadi gurauan.

Bahkan saya berpendapat agenda lompatan para katak pulak menjadi agenda memakan diri para broker katak dan tuan taukeh utamanya AMNO @ Be End. Bahkan kemungkinan para katak semakin gelisah kerana apabila merka berkumpul dan berbincang mereka akan mendapati bahawa mereka akan di bawa kedarat dari air dan akan dibiar mati kekeringan di darat. Mungkin mereka dapat melihat bahawa para katak yang melompat awal telah ditipu dengan bayaran yang dijanjikan tidak diurus dengan baik dan kes yang dikenakan kepada mereka masih membelenggu mereka dan belum dilepaskan. Yang mana kes ini agar memegang katak itu agar terus dok dediam dan akhirnya mati kekeringan kerana sumpah seranah rakyat yyang dikhianati. Di sini saya mengucapakan SELAMAT MATI KEKERINGAN wahai para katak.

Sunday, March 07, 2010

AMNO takuttttttttt,, ha takuuuuut.....


Aku heran la AMNO ni kalaulah apa yang mereka buat itu betul dan mereka yakin akan kebenarannya. Apa pasal takut dengan solat hajat oleh siapa pun. Dah yakin benar akan pegangan ke AMNO annya kau orang tu,patutnya dengan beraninya kau orang cabar lagi kami agar membuat solat hajat ke atas AMNO dan sewaktu dengannya khasnya para gerombiolan katak-katak.

Apara kata benar tapi takuta akan doa dari solat hajat kami bermakna kau orang pun tahu bahawa kami adalah golongan pejuang yang teraniaya, dan kaua orang pun tahu kot bahawa doa orang yang teraniaya adalah MAKBUL. Kan gitu AMNO

Tambahan pula katak terbaru ini adalah seorang anak sedara dari Mudir sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar. Mengikut mudir ini semasa era katak-katak di Perak hari tu ada anak sedaranya yang kat Bagan Halia ke Srai ka, mengadu kat bapa saudaranya yang dia didatangi ejen AMNO yang menawarkan beliau RM 2 juta tapi masa itu belumlah beliau menerimanya mungkin takut melihat kebangkitan rakyat Perak. Akan tetapi dengarnya beliau sekarang hanya ditawarkan RM 1 juta untuk hidup menongkat langit tapi sanggup pulak menerimanya.

Tu yang orang nak bagi solat hajat kot Allah nak bagi dia insaf, atau bala , biarlah itu kerja Allah SWT kan untuk kulaan tu. Yang AMNO takut apa pasal ada kene mengena ke? Tu yang sikit seriau tu kot pasal ada udang di sebalik serai kot.

Friday, March 05, 2010

Ingat gugat rupanya meluat.


Aku rasa dalam situasi pembersihan sekarang ni , apa yang Be End harapkan terutama AMNO ialah agar kadar kepercayaan rakyat kepada PR khasnya PKR akan makin berkurangan. Bukti nyata ialah sessi kedua tuduhan Liwat ke atas DSAI pemimpin PKR. yang mana sessi ke 2 ini dengan harapan akan menguborkan terus PKR sebagaimana Semangat 46 dulu.


Tapi dari apa yang aku dengar dari perbualan kawan-kawan dan desas desus di kedai kopi. Tindakan para katak yang melompat satu satu, orang nampak bahawa ia adalah satu aktiviti pelompatan katak-katak terancang (PR baca pembersihan). Bahkan semakin ramai orang meluat akan program pelompatan katak-katak terancang ini. Jika selepas ini akan ada lagi para katak yang melompat maka program ini sebenarnya akan meninggikan kadar kemeluatan orang terhadap dalang (di baca AMNO @ Be End) di sebalik program pelompatan katak-katak ini.


Jadi saya menyeru dengan bersungguh-sungguh agar AMNO @Be End meneruskan program pelompatan para katak-katak bermasalah ini. Tolonglah buat denganh kadar segera koman-koman sehari satu oraekor katak. Sekurang-kurangnya DSAI tak perlu buat kerja itu dengan lembaga disiplin partinya. Ini sebenarnya membantu PKR @PR dalam proses mngnyahkan katak-katak bermasalah dan yang buta hatinya. Ambillah segla katak-katak bermasalah ini ke dalam AMNO dan Be End agar kebusukan AMNO akan semakin membusuk berulat dan bernanah. Juga agar segala pekong ini akan memakan AMNO lantas menghancur lumatkan AMNO dari dalaman. Saya juga berharap para katak ini akan ada yang manjadi talam dua muka bagi bertindak menghancurkan AMNO dari dalam. Biarlah mereka berkorban diri demi kebaikan PR

Monday, March 01, 2010

RM400 000


Wow! itu baru barang kemas yang di rompak. Itu laporan yang aku dengar dari sebuah stesen TV yang melaporkan sebuah keluarga iaitu Ketua AMNO bahagian Chergas telah di rompak di rumaahnya dan barang kemas sahaja bernilai RM 400 000. Itu baru barang kemas tak termasuk lagi barang lain. Aku salah dengar ke, so besok aku tanya kawan, dia orang kata betul RM 400 000. jadi apa yang aku dengar tidakk le salah, tapi apa yang media cetak lapor aku heran, sebab tak sama dengan apa yang aku dan kawan aku dengar. Jadi mungkinlah aku dan kawan aku ni pekak.


Tapi andaikanlah aku dan kawan aku tidak pekak. Maka RM 400 000 hanya barang kemas. Wow! Husin lempoyang tentu terkejut tu. Barang kemas sahaja banyak tu tentu barangan mereka yang lain lagi berganda. Tentu banyak sumber pendapatan Ketua AMNO Chergas tu. Aku nak masok AMNO lah macam Mantan TM1 Pulau Pinanglah. Barulah duit aku akan banyak macam segala muka AMNO-AMNO di Malayasia ni. Apa barang PKR pokai ada la!

Kan nyaman, hilang lebang libu


------------------ Funny Stuff|Funny Scraps ------------------